Annyeong ! Welcome to my Exo world !! ^0^

Sehun ! I love You;


+facebook

+twitter

+fanfiction

+tumblr


ENTRY ABOUT LINKIES BIAS STUFF +FOLLOW Home option4

Exotics Say's

Annyeonghaseyo . Welcome to my EXO garden . I love you, you love me back okay ? . ThanGYU .

Me ^_^
Annyeonghaseyo . Hello ! My name is Nik Shahira Najihah bt Mat . Call me Ira . Welcome to my blogger . Follow tau ! Hehehe :)


TAGGIEBOARD

Credits

Template :Arina Azman
Basecodes :Ino Arrien Wana
The Owner : YOUR NAME
Giveaway Eikingg




-Tekan Banner untuk join-


Hadiah yang ditawarkan : 
1. Blouse Black White
2. Peplum Maroon Baldu
3. Egg White Face Mask x 2
4.Shiseido Mask + Crystal Collagen Eye Mask x 2
5. Topup RM10


What I choose : 
1. Blouse Black White
2. Egg White Face Mask x 2
3.Shiseido Mask + Crystal Collagen Eye Mask x 2 


Tarikh tamat : 1 / 6 / 2014



Written by Me at 10:30 PM 1 Melody{s}
Alhamdulillah .
Haloo readers ! Assalamualaikum.


Selamat malam :) 


Hari ni aku nk story dekat korang sikit . Aku ade sorang kakak nama dia Nik Nadia . Aku panggil dia 'mekya' . Dia dpt straight A PMR . Terkejut gila aku *tak percaya. 



Bermulanya tahun 2013
Pada mulanya kakak aku ni hidup penuh dengan bermain-main . Bukan dia je tau . Boleh dikatakan hampir semua pelajar batch 98 sekolah dia macam tu pada awal tahun. Ye lah , kan exam lambat lagi .  Awal tahun tu aktiviti harian dia ialah menghadiri latihan bola tampar di petang hari. So maknanya malam la baru boleh study kan ? Malam tu pulak bukannya study pun sebenarnya. Boleh dikatakan malam tu dia buat semua homework yang bertimbun depan tv jerk .*Tv tu mesti tak tinggal kan . Haha.

Then, kalau dekat sekolah pulak tak pernah pulak dia nak serius time belajar  . Asyik2 tido je kalau masuk kelas PAI . Kalau time takde cikgu pulak dah tentu-tentu nya dia akan pergi melepak dikelas sebelah . 




Kalau masa subjek Matematik , dia memang akan duk diam and focus betul2 . Dia ni jenis mudah faham ape yang diajar tapi bila cikgu suruh buat latihan memang jadi blur terus . So, untuk mengelakkan perkara ini daripada terjadi maka dia akan tanya Kak Sabrina and Kak Fatin Syamimi. Diorang ni memang terror la matematik .



Sebulan sebelum exam.
Kelas tambahan giat dijalankan . Hehe . Pagi pukul 6.30 pagi kena sampai dekat sekolah dah . Then pukul 2.30 ptg habis sekolah . Diorang pergi solat berjemaah dekat surau sekolah then kena stay back sampai pukul 5 lebih *kadang-kadang sebelum pukul 5 pun dia dan geng2 dia dah cau . Haha .
Then. Balik rumah . rehat. Lepastu malam tu ada kelas tambahan lagi . Hari jumaat and sabtu orang lain cuti diorang ada kelas tambahan . Memang sebulan tu takde cuti la bagi diorang. Tapi time last tu diorang dah tak belajar ikut kelas la . Semua campur lima2 kelas . Belajar dekat kantin . 




Seminggu sebelum exam, 
Mekya and p-qah *bestie dia baru start study. Petang-petang study sama-sama. Tu pun study kejap je. Diorang ni memang xleh study lama-lama nanti pening. So, untuk menghilangkan kepeningan itu diorang pergi jalan-jalan . Menghirup udara segar . Setiap petang diorang akan pergi beli ais blend di kedai 'Kak Ita' iaitu kedai Mi sup tersohor di kampung kubang lebur. Hehe

Lepas tu , diorang akan melepak di depan rumah p-qah. Macam-macam benda yang dibualkan.. Diorang kalau tak jumpa sehari pun memang macam-macam cerita yang nak di share sama-sama.  Yang paling tak tahan sekali , semua yang mereka bualkan tu takde pun pasal pelajaran. Bagi diorang , time belajar diorang main-main . Time melepak , jangan disebut pasal belajar okey ? 

Minggu exam .
Okey, start runsing dah. Tapi Petang-petang masih lagi melepak. Petang masa untuk melepak , malam masa untuk belajar. Tapi masa ni diorang dah kurangkan masa melepak diorang. Diorang luangkan masa bersama-sama . Habis satu kampung diorang pusing pergi cari soalan spot.  Masa ni semua soalan spot diorang buat bersama-sama. Untuk subjek agama islam diorang sama-sama menghafal. Semua sama-sama la. Korang tahu ? Minggu exam tu ,  pukul 10 malam baru dia balik rumah.Aku yang selalu menghantar dan menjemput dia pulang ke rumah walaupun kadang-kadang tu dia kena kasi upah. Hehe.  Memang masa minggu exam ni la diorang study bersungguh-sungguh. Semua soalan spot diorang buat . Semua tajuk-tajuk yang orang bagi diorang baca balik. Buat revision sama-sama. Jawab soalan sama-sama. 
Then, setiap pukul 10 malam diorang akan duduk luar rumah p-qah sambil menunggu  aku datang ambik. Dengar lagu sama-sama. Sambung balik berbual-bual. 

And semalam ! Result keluar . Diorang sama-sama dapat straight A ! Cuma yang sedihnya , p-qah tak dapat balik . Dia duk kl lagi semalam .  Aku la yang teman Kak Nadia ambik result semalam . Alhamdulillah Mekya dapat straight A . Tak menyesal aku hantar jemput dia kat rumah p-qah tu . 















Written by Me at 4:22 AM 0 Melody{s}
Family DAY


Sutdara Beach Resort



Beberapa hari yang lepas aku dan family belah abah aku pergi ke Sutdara Beach Resort . Saja ja kitorang buat Family Day ni . Sebenarnya ini mak saudara aku punya idea . Bukan ape , alang-alang dah cuti ni kan boleh la jumpa semua saudara mara yang lama dah tak jumpa kan . Okey , aku pergi sana hari Sabtu and balik hari Ahad . Kejap jaa kan ? Haha . Walaupun sekejap , ia boleh membawa seribu kenangan buat aku .

 Tempatnya sangat best  . Ada kolam , ada pantai (dah nama pun resort kan) Haha dan ada tempat main sukaneka , volleyball and netball . Bilik pun okey . 

Hari Sabtu.
Pukul 2 baru masuk bilik . Then , kitorang main volleyball . Best sangat . Lepas tu kitorang pergi mandi kolam and pantai . Semua kitorang redah . Haha . Pukul 6 lebih  kitorang makan ayam bakar,  ikan bakar dan adik beradik dengannya . Hehehe . Ape orang putih panggil . Haa , bbq .

Malam itu , kitorang tengok bola ramai-ramai . Pahang lawan JDT . Gempak habis . 

Hari Ahad 
Pagi-pagi tu aku bangun  semua orang kelam kabut . Aku pelik la , dah kenapa dengan semua orang ni ? Mak aku cakap la yang air takde . Mak aku terpaksa ambik wuduk dekat pantai . Perh masin kot . Aku tanya nenek aku dia caka ambik wuduk dekat masjid tapi kena jalan jauh sikit la . Then , lastly aku tnya cousin aku dia cakap dia ambik wuduk dekat dengan cafe . Yang dekat dengan cafe tu ja yang paling dekat . Aku pun dengan muka baru bangun tido tu . Cepat-cepat pergi sana bukan ape takut ramai orang pula nanti . Aku tak boleh kalau ramai-ramai and berebut-rebut ni . Aku rimas .  Then , lepas solat semua . Kitorang terus pergi mandi dekat pantai . Hehehe . Dah tak kisah ape dah . Sarapan ape belum terus pergi terjun . Haha . Lepas puas mandi mandi kitorang sambung mandi dekat kolam pula . Habis hitam muka aku ni *bila pulak muka aku cerah ? Haha*  
Berhenti makan jap thn sambung balik . Sampai pukul 11  barulah berhenti and bersiap-siap untuk balik . Family aku balik awal sikit daripada sepupu-sepupu aku yang lain sebab aku pergi majlis kahwin bapak sepupu aku . 

Okey , dengan ini cerita habis .





Written by Me at 6:50 AM 0 Melody{s}
Bestfriend or Fake ? (╥﹏╥)








AWAK .... Awak cakap awak bestfriend saya forever ...



AWAK ..... Awak cakap awak akan layan saya seorang jer dengan baik ...


AWAK ..... Awak cakap awak nak terus berada di sisi saya sahaja daripada orang lain ...



AND ONE DAY ,.. Apa yang berlaku ? Awak pergi ke sisi orang lain dan tolak saya macam tu saje ?



AWAK .... Apa semua ini awak ?? Awak dah janji semuanya dengan saya ... Awak anggap saya tak wujud di dunia ini ... Sakit Hati saya ...



SAYA ingat kata-kata AWAK tentang perkara POSITIVE dan BUKAN perkara NEGATIVE ...



Awak tak peduli kan saya . Terpaksa saya seorang diri macam orang tak wujud . Tapi ,.. bernasib baiknya saya apabila ada juga orang memahami saya dengan ikhlas hati . Nasib dia pun sama ngan saya .



Saya rapat dengan dia dan TERPAKSA gantikan DIA dengan AWAK . Maafkan saya awak .. Tapi saya tak mahu jadi FOREVER ALONE .



ONE DAY , Orang yang selalu berada di sisi AWAK tu pergi dengan orang lain dan TINGGAL awak SEORANG saje .



SAYA tak peduli dah dengan AWAK ... AWAK yang START dulu dari first time lagi ..



TIADA MAAF BAGIMU ....







  

Written by Me at 6:21 AM 2 Melody{s}

?